Tuesday, November 29, 2011

Echo & The Bunnymen - The Killing Moon [Music Video]

sape yg penah tgkmovie The Girl Next Door atau Donnie Darko mesti penah dgr lagu ni... :)

Wednesday, October 05, 2011

Iphone 4S (Iphone for ass?)

Yeah. Apple baru saje announce mobile phone terbaru keluaran dorang iaitu Iphone 4S.. haa..ramai mesti terkejut nape tak Iphone 5 tapi Iphone for ass..ehehhehe. tapi rasanya pasal kali ni tak byk beza cuma processor, kamera 8mp, video 1080p, Siri dan ios5. rupa bentuk pun sama. so xde ralat sgt aku pasal bagi aku nak update ios5 je. yg lain tu aku jarang guna. video bawah penerangan iphone 4s. dlm ni ayat die memuji iphone la. tapi bagi aku biasa2 je. lebih kurang je ngan Iphone4. so takyah upgrade. phone masih bole pakai utk tempoh 4-5 taun lagik.


Monday, September 26, 2011

Movie - Killer Elite

aku x berapa tau film ape kat wayang skang ni, tapi ape yg aku tau citer ni kuar minggu ni. Killer Elite dikatakan based on true story, tapi aku pasti hollywood dah kasi tambah nasi kasi nampak mcm best.

pelakon citer ni Jason Statham, Robert De Niro dan Clive Owen. bole tahan kan??? tgk dari genre, action movie pasal Jason mmg terkenal ngan action movie terlampau. mengingatkan aku kat citer Transporter..


tapi kan....yg menjadi penyebab aku tunggu citer ni pasal pelakon kat bawah ni ade berlakon movie ni..jeng jeng jeng..

Yvonne Strahovski
ni la punca sebenar aku nak tgk movie ni. walaupun watak die kecik, saje nak tgk...  :P

Fast Food Info

Perihal fast food. so kurangkan mkn fast food....


Sunday, September 25, 2011

Fotopages entry 1

ok geng. ni aku transfer fotopages entry aku.


Saturday, 16-Apr-2005 00:00
Royal Albert Hall and London

Assalamualaikum...ni pic masa aku pegi concert siti kat royal albert hall..ku tgk skali ngan aifa..ihhihi.tapi takde ler pic siti kat sini..aku spend 4 days kat london..jalan2 dengan lee dan mas..byk gk tempat yg kitorang pegi...

aku and aifa depan royal albert hall

aku and mas kat victoria station







dgn Lee kat China Town London





Thursday, September 22, 2011

Gurauan terlampau

korang penah ke kena kacau mcm ni masa sms ngan gf korang? serious shit not funny buat lelaki tu, mau die terkucil masa tunggu reply sms.


Wednesday, September 21, 2011

100th post



Akhirnya..inilah post ke 100 aku selepas 7 taun aku menulis blog. ahhahaha.. gila la 7 taun baru bole 100th post. gila tak aktif. ni pun baru nak aktif. sepanjang 7 taun tu, ade satu taun iaitu 2007 aku tak tulis padahal aku ade travel ke spain dan merupakan the best travel in my life so far. eheheheh. tapi tu nanti la aku akan update dan transfer pic dari fotopages.

meh aku citer kenapa aku menulis blog ni, aku menulis bila aku dah dpt offer ke UK, so aku pun menulis utk update ape life aku masa kat sane. maklumlah dulu 2004 facebook pun blum ade. yg ade friendster. kakak aku plak hanya tau bukak email je. so aku pilih the simple way masa tu iaitu blog. dgn cara ni family aku bole la tau perkembangan hidup aku. tapi dlm blog aku tulis yg indah2 belaka la. kenangan susah tu takde la nak tulis sgt, xmo nak susahkan hati parent. ehehehe. tu bila org tanya, baru la aku citer.

dan aku bukan la org yg aktif menulis. bila ade mood je. dan aku rasa aku menulis benda yg worth utk aku menulis dan worth utk org membaca. takkan la nak tulis berapa kali aku buang air besar, berapa kali buang air kecil..hari ni aku jumpa duit rm1.. esok plak tulis hari ni plak aku beli barang dapur.. ekekekek.. korang rasa aku ni selebriti ke nak tulis mcm tu.. so aku tulis ape aku rasa bole mengimbau kenangan, luahan pendapat, dan travel blog aku..so bila aku baca balik.. takde la bosan. ekekeke..

masing2 punya blog, masing2 punya cara la kan. tapi tima kasih la sape2 yg baca blog aku. walaupun tak ramai, pasal aku amat jarang blogwalking atau comment di blog org lain. so mcm mane la org nak dtg kan. terpulang. lagipun aku blog ni bukan nak cari duit, just utk isi masa lapang aku.. ape2 pun tima kasih sape2 yg follow dan komen dan membaca blog aku yg x seberapa ni..

Tuesday, September 20, 2011

Srikandi Cintaku

Pasal terlampau bosan siang tadi, aku melayan lagu ni dah berapa puluh kali. ehehehe. ok lagu ni kira termasuk dlm top 5 (all time favourite Malay songs). lirik lagu ni mmg best dan tak ulang. sekali harung. kadang2 aku bole gelak dgr lirik lagu skang ni. kira nak straight to the point la. end up lirik mcm luahan hati budak sekolah. kalau aku yg buta muzik ni pun bole beza, apentah lagi musician yg ade knowledge.

M Nasir penah nyanyikan lagu ni, tapi aku prefer Bloodshed version.

 

Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Tercsiptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan

Kesetiaan sebagai bekalan

Bisikan penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan

Alam bagai mengerti

Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir

Perutusan berdarah ku terima

Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu

Ku semaikan pepohon kemboja

Yang bunganya adalah hati ku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu

Kan kuusung oh! jenazah cinta

Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti

Debu malam meragut kenangan

Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi Srikandi Cintaku

Monday, September 19, 2011

Monday Oh Monday

Monday yg sengal dan amat blues utk aku. Badan rasa mcm tak sihat, mengantuk gila dan pening dari mlm tadi tak hilang. As a result, hari yg tak produktif buat aku hari ni. Ditambah hujan di pagi hari, nasib baik la sempat sampai opis, lepak dlm 1/2 jam, hujan lebat. Dlm kepala kalau tido ni best gak ehehehe. Dulu company lama mmg aku dah turun cari surau utk tido sejam. ahahah. pagi surau takde org. surau plak jauh skit dari department aku. skang ni tak bole la. opis pun kecik, ko takde pun org bole perasan. lagipun nak gi mane, dulu bagi alasan turun production floor, skang kat yard pun blum ade project lagi. ehehehehe

So bila sume dicombinekan rasa sengal dan blues. rupa aku lebih kurang mcm kat bawah:-


Transfer pic

From today, I will transfer all pics in my fotopages to here part by part. Byk gak tu. pasal aku nak tutup fotopages yg skang ni aku jarang2 mengambil pic sgt. lagipun sape la layan lagi fotopages. Aku akan transfer skit demi sedikit.

Selamat Hari Isnin kawan2..... :P

Sunday, September 18, 2011

Memory - Dunhill Double dan Fantaghiro

Aahad yg membosankan sekali lagi.. bila ckp pasal hari ahad, last week aku tgk citr Fantaghiro kat tv9 pukul 10pm. slot 1 jam je. so citer fantaghiro ni akan bersambung setiap hari ahad waktu yg sama. bercerita ttg fantaghiro ni, citer ni penah kuar dlm slot Dunhill Double pukul 10pm setiap hari khamis dan jumaat. korang ingat tak Dunhill Double ? slot ni akan tunjuk back to back actor/actress movie dorang. kalau movie tu panjang, filem tu akan bersambung pada hari jumaat tu. selalunya 1 movie hari khamis dan 1 movie hari jumaat pelakon yg sama. lama gak slot ni bertahan. slot ni takde dlm lebih kurang awal taun 2000 bila kerajaan kenakan syarat takde rancangan tv sponsored by cigarette company. masa tu berkubur la Dunhill Double.

dan bercerita pasal Fantaghiro plak, sape2 yg membesar taun 90an (bukan yg lahir 90an) mesti tau citer ni kan. tak perlu la aku nak citer panjang. citer ni popular masa tu. pasal fantasy dan mcm mane puteri ala2 tomboy yg menyelamatkan negara dan husband die dari musuh. kira husband (Romualdo) ni tak mantop la, harap muka je jambu. Fantaghiro ni popular di kalangan budak2 lelaki, Tarabas plak popular di kalangan budak2 pompuan (especially kakak aku). tapi Tarabas bukan pakwe Fantaghiro, die penjahat awal2 dan bertukar menjadi baik bila berkenalan dgn Fantaghiro dan tolong Fantaghiro bila dlm kesusahan. ade batu yg bole bercakap dan terbang kembali selepas dibaling, kuda putih. ehehhehe..Alessandra Martines berlakon jadi Fantaghiro. mmg cun abih laa.. masa ni baru kenal pelakon2 cun kan. ehehehehe. lupa plak tajuk citer die The Cave of Golden Rose.

Fantaghiro yg cun to the max.. ehhehehe

Tarabas yg pompuan gila2kan tu. urgh..

Friday, September 16, 2011

History of storage mediums

Mesti korang teringat floppy disk yg senang kena virus. pastu floppy disk yg simpan dlm box. size plak kecik gila. pastu zaman cd, kalau vcd plak, nanti tersekat2 kalau cd calar. kalau cd game plak sampai ade 2-3 cd utk satu game, pastu zaman dvd. mcm tu la teknologi skang cepat betul. pic bawah adalah kesimpulan ringkas pasal storage mediums.


Selamat Hari Malaysia ke 48

Selamat Hari Malaysia yg ke 48. Hari ni pada 1963, Sabah, Sarawak dan Singapore join Tanah Melayu dan diubah nama jadi Malaysia. hari ni public holiday, ditambah ngan masih dlm mood raya, aku rasa mesti byk open house weekend ni.

Bersyukur kita lahir dan duk kat negara Malaysia yg bertuah ni. bole gi open house, makan2 n lepak2. cuba duk somalia ke sudan ke libya ke. Alhamdullillah, betul tak?


Jalur Gemilang

Thursday, September 15, 2011

Layla - Eric Clapton

Skang ni aku tgh busy utk support technical details kat procurement team utk bid project. Salah satu project tu nama die Laila. ntah tiba2 aku teringat lagu Layla nyanyian Eric Clapton ni. masa kat ABB mmg aku layan gak lagu ni. lagu ni Eric buat utk wife die. riff guitar lagu ni, powerfff.....





 


What'll you do when you get lonely
And nobody's waiting by your side?
You've been running and hiding much too long.
You know it's just your foolish pride.

Layla, you've got me on my knees.
Layla, I'm begging, darling please.
Layla, darling won't you ease my worried mind.

I tried to give you consolation
When your old man had let you down.
Like a fool, I fell in love with you,
Turned my whole world upside down.

Chorus

Let's make the best of the situation
Before I finally go insane.
Please don't say we'll never find a way
And tell me all my love's in vain.

Chorus 

Wednesday, September 14, 2011

US Debt Crisis Simplified

Ni adalah info yg paling simple utk kita paham ape krisis hutang US. pasal dah main trillion2, byk sgt kosong, buat kita lost in translation heheheheh.. ditambah kalau ade ayat berbunga2 bisnes dlm laporan akhbar. meh kita baca yg simple2. so bila kita dah paham, kita akan lebih bersedia utk akan dtg.


rasa2 bila mau settle hutang ni?? :P

Monday, September 12, 2011

Periodic Table

Korang ingat periodic table? atau dlm bm ckp jadual berkala. benda alah ni femes dikalangan student yg amik subject chemistry. kalau bole hafal, mmg senang la nak menjawab exam. aku plak ingat skit2 je dulu. bab2 menghafal ni aku lemah skit. tapi bila dah tak de keje kan, ape kata korang buat ayat guna periodic table.


ini dinamakan simptom takde keje, bosan, dan ape benda la cikgu mengajar kat depan tu. so terungkap la ayat kat atas ni, mungkin juga manusia ni tgh putus cinta ngan awek die kot. ekekekek.

happy monday blues. jgn blues.. chill a bit. :P

Sunday, September 11, 2011

Illusion Optical

Selamat Hari Ahad, selamat hari berehat. Pasal aku pun bosan di hari ahad ni. meh la layan illusi optikal/illusion optical.


Jam yg poweerffff

Korang ingat tak bila korang pandai tgk jam jarum? last time aku tanya anak buah aku yg tadika, kadang2 die bole la bagitau masa tu ngan tepat, ade yg die blur. biasalah budak2 kan, dulu2 kita pun kalau jarum panjang kat nombor 7, kita sebut 7 bukan 35. betul tak? eheheheh..

meh, aku cadangkan korang cari jam mcm ni. eheheh. tapi ni bukan mengajar budak baca jam jarum, tapi nak sebut jam berapa dalam proper english. aku rasa jam ni powerrfff.. nanti gi cari la.

  

Sunday, September 04, 2011

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya

Aku tau dah nak dekat seminggu raya baru nak ucap, eheheheh. biasa lah mood malas melanda diri. Esok sambung keje selepas 10 hari bercuti. lama gila kan. tapi ok la. syok. esok bermula la kerja dgn keras.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir batin kalau aku ade terkasar bahasa, terumpat, terkeji, terambil kalau tak sedar, termakan dan terminum tanpa sedar. Harap2 korang maafkan dan halalkan la erk.

Taun ni aku beraya kat Beranang ngan parent aku. Kakak2 aku beraya kat umah mentua, termasuk lah abg aku yg tiap2 taun akan beraya di Perlis.

Raya pertama biasa laa gi jln umah2 yg biasa aku pegi waktu raya, ke hilir kampung, gi umah makcik aku dan pakcik aku di Seremban. Nak dekat kul 10pm baru sampai umah batu tiga.

Hari2 lain dipenuhi ngan tido. ahahahha...ok lah. selamat bekerja yer...

Thursday, August 25, 2011

Kenangan Berpuasa part 5

okie..lagi beberapa hari je lagi nak raya kan. ok ni aku tulis part terakhir dlm trilogy puasa aku ketika merantau. ehehehe. mcm harry potter ngan lotr plak.,

ok. yg ni aku gabung ketiga2 taun dari taun 2004 ke 2006. 3 taun aku puasa di perantauan. 3 taun tu aku rasa seronok dan sedih pada masa yg sama. masa ni la puasa dan raya tidak bersama keluarga. masa ni gak la puasa di negara org yg x sambut pose. masa ni gak takde bazar ramadhan..aaahhh tensen gak masa tu..ekekke

ok..masa 1st time aku dtg uk. kebetulan puasa nak dekat. mak aku bagi rendang daging masa 1st time pegi. dan rendang tu la aku makan. masa tu tak reti nak masak, so aku beli roti, cicah rendang.. bole kata tiap2 hari aku bedal. ekekeke.. aina pun ade bagi nasi goreng yg die masak.

tang berbuka, aku pegi ke sport rec, tempat berbuka utk org muslim, makanan ditaja pak arab kat situ. makanan sedap ooo. masa ni lah aku belajar makan kambing, bariani. buah2 plak mane ade pisang2, anggur..oren.. kelas tu. ekekeke..

berbuka plak time tu awal, ade masa tu kul 4pm dah buka. ade satu masa tu, dlm klas, kitorang buka pose ngan snickers je. tu pun kerat skit2. masing2 lupa. ekkekekek..

terawikh plak buat 8 je. tapi 1 rakaat panjang gila. tapi tak kisah pasal imam baca surah dgn merdu sekali.

bila dah masuk taun ke dua tu. sahur tu aku masak tgh mlm. so masa sahur, aku panaskan je. sadis masa 1st year je la. roti, rendang daging, air oren. amik ko...kakakakaka..

korang dah byr zakat ke? shopping2 gak. yg wajib jgn lupa.. :) ok..sekian citer pasal puasa. post akan dtg akan citer pasal raya plak...


Sunday, August 21, 2011

Engagement photos session - zombie theme

Bila aku baca benda ni kat dailymail.co.uk, aku rasa photoshoot session ni menarik dan lain dari yg lain. korang mesti selalu tgk photo session kat malaysia yg stereotype, maybe dorang ni berguru ngan satu guru je kot. so mmg sama je style. sampai aku rasa meluat pun ade, korang byr mahal2, tapi hasil mcm lahanat.

ni aku post hasil dari photographer Amanda Rynda. pasangan di dalam pic ni ialah Juliana Park dan Ben Lee. dlm pic ni, masa tgh picnic, ade zombie dtg, dan dgn heroic act, lelaki tu cuba nak bunuh zombie, tapi gf die guna penyodok hentak zombie. look cool isnt it?

Tgh berpicnic

Tetiba ada lak nak join sekaki..
aaaaa!!!! terkejut!!!!!
Bf menunjukkan kekuatan..
Tapi gf yg dpt kalahkan guna penyodok..





Kenangan Berpuasa part 4

salam.. dah masuk 10 hari terakhir ramadhan..meh sambung balik citer pasal kenangan berpuasa lagi..

ok..ni aku citer pasal kenangan berpuasa masa kat UTMJB taun 2003. aku tak berapa minat sgt masa kat skudai, pasal byk benda tak best kat sini. harga makanan mahal, mlm2 takde ape nak buat dan lepak dlm bilik je. nak gi jb pun agak jauh. so kesimpulannya mmg tak best.

masa aku kat utmjb ni, aku bersama 4 kwn lain iaitu apis kedah, azli, martkey, pejal ngan pijan. kitorang ni mmg geng diploma yg dpt further study kat utmjb. so gi klas ke gi makan pun sama2. apis tumpang aku kalau naik motor, kalau aku malas, aku suruh die bawak. ekekekek..

ok, citer pasal pose, tak byk aku nak citer pasal bulan pose. setiap kali berbuka, kitorang akan pergi mamak kat taman U, pasal ape erk kitorang makan mamak,? kalau kat kl, mamak punya nasi campur lagi mahal kan? tapi kat jb, nasi campur mamak lagi murah. so bole kata hari2 la makan lauk kari. tak pegi pun pasar ramadhan kat dlm utm tu, dah la mahal, tak sedap plak tu. masa kat kedai mamak tu, dpt la free kurma ngan bubur kacang rasa rempah. ehehhehe.. hari2 tu, sampai muak la makan nasi kari.

bab sahur lak, kitorang gi kedai makan kat kolej 9/10 tu. situ sahur ok la. order nasi goreng ke nasi campur ke. nak kuar tu kadang2 je. masa tu takde waktu curfew, so bole kuar suka2 hati.

nak balik shah alam pun kena beli tiket awal gak, takut tiket bas abih. harga tiket aku lupa tapi mahal skit. itu je yg aku ingat pasal pose aku kat utmjb, maybe sume rutin sama je kot. so takde ape benda special aku nak cite.

korang dah shopping raya ke? ehhehe.

Tuesday, August 16, 2011

Kenopo Dewi-Jalil Hamid with lyric

Aku suka gile lagu ni, tambah plak lirik dlm bahasa Jawa. walaupun aku tak pandai ckp atau paham pun, sedikit jeles la kalau gi Banting tgk dorang ckp jawa, lancar je..ekekekeke.. ok lirik ni aku amik dari http://adialuvluze.blogspot.com



Dinho iki kue theko nguyu,
Tersenyum gawe ku seneng,
Kue hias awakmu gawe hati bertambah sayang..


Tapi wingi raiemu ngerget,
Kenopo dewi kenopo,
Apokah aku seng salah,
ngomong la dewi ngomonglah...


Ojo dewi ojo koyo ngono,
nguyu, nguyu lah waie
Manis riang,
Raiemu bertambah ayu...

lirik asal:

Hari ini kau datang riang
Tersenyum buatku senang
Kau hias dirimu
Membuat hati bertambah sayang

Tapi wajahmu semalam muram
Mengapa dewi mengapa
Mungkinkah aku bersalah
Cubalah dewi katakan

( korus )
Jangan dewi jangan begitu
Senyum-senyumlah selalu
Manis riang
Wajah bertambah jelita

Monday, August 15, 2011

Kenangan Berpuasa part 3

Eh..dah abih puasa ke 15..dah masuk 2nd half bulan pose...mmg cepat kan...masa berlalu pantas.. ok sambung balik utk part 3.

Utk part 3, aku nak back to 2002, masa ni Adib, Effi manja, mamat, amir dah kuar dari rumah pasal dorang buat praktikal kat kawasan umah dorang. yg tinggal aku, naan, apis, azrul dan wan. dan masa ni la ade 4 anggota baru masuk iaitu salleh, nuox, adik ngan faizal. faizal ni budak utmkl gak. tapi salleh nuox dan adik ni budak belajar kolej tm. actually salleh kawan naan. tapi dua org tu follow duk sekali. masa ni gak bole dikatakan zaman kegemilangan pangsamurni.

masa ni masa praktikal. so dah takde pikir pasal study. pikir relax, dpt duit, mlm main game atau tgk wayang. mmg chill abih. so bila bulan puasa. kadang2 je masak. dan lain2 beli dan makan luar. masa ni aku sama tempat praktikat ngan faizal di sri rampai. apis ngan azrul plak kat bukit indah ampang. naan kat sungeiway.  tapi masa projek kat tmpt keje aku tak byk sgt. so byk mengulor la. sempat gi jalan2 ke klcc ngan pejal ni. 1 thing about pejal ni, die follow je.. ehehhe. tu yg best tu. beli lauk berbuka plak selalu kat pasar keramat pasal on the way balik sekali. ade satu hari tu, aku suruh la pejal naik dulu, sekali aku dah naik atas nak berbuka, die tak sampai umah lagi, rupanya die dah tersangkut dlm lif.

perihal azrul ngan apis plak, dorang ni dah jadi buruh kasar bangla. balik ngan peluh2 dan kotor. pas makan je terbongkang tido.. elaun ok la masa tu. tapi naan la, lepas accident terus tak pegi langsung praktikal. ehehhehe.. dan masa ni gak popular lagu Asereje tu. ekekekek..

pas je buka, kadang2 je gi terawikh.. sorang je bukak komputer, abis sume bukak komputer main halflife. ahhaha.. mmg best aaa.. sampai pagi buta tu main. tak sedar diri. mcm tu la aku berpuasa masa aku study diploma dulu. next part aku citer pasal berpuasa kat UTMJB plak.

selamat berpuasa

Rumah Ashton Kutcher yg awesome

Pic2 dibawah ni ialah rumah bergerak utk Ashton yg bernilai 2 juta dolar. gila aaa.. Total floor space ialah 1100 feet square. Lebih besar dari keluasan kebanyakkan apartment kat Malaysia ni. Ia tidak digelar trailer tapi mobile estate yg ade 2 tingkat, panjang 53 kaki dan berat 30 ton.








Friday, August 12, 2011

Hitam Kuning (Go Tigers) -JJ & Ean Hitz.fm morning crew parody

Hari tu aku lupa nak post masa aku layan lagu ni sebelum game Malaysia vs Singapore. It was unlucky for Malaysia. tapi layan dowh lagu ni kan...



It’s Nadhira, what’s up JJ and Ean
Hitam kuning, hitam kuning, Go tigers...

On the pitch, they gonna leave no survivor
Black and Yellow, hello, catch the fever
Come on Malaysians, let’s make you all believers...

Hitam kuning, hitam kuning, hitam kuning,
Hitam kuning! Go tigers! Go tigers
Hitam kuning, hitam kuning, hitam kuning,
Hitam kuning! Go tigers! Go Go tigers...

Black stripes with yellow trims
I heard they scare of us cos we gonna win
We’re tiger on our chest
Can you hear us roaring
We playing our best and we will be scoring...


Suzuki Cup we bagged the medal
from our necks the medals dangle
We gonna light up like candle
Hitam Kuning can you handle..US
All the haters can Shhhh..now
Malaysians Tiger with the coach..Raja Gopal...

Harimau Malaya, mengaum gagah,
Juara Malaya, Raja Asia
Lawan Diserang, tiada gentar
Mengaum gagah, lawan gentar
Harimau Malaya, dunia digegar
Yeahhhh....

If you are proud of the Malaysia football team,
Everybody stand up with us now
And get ready to sing, alright...

3, 2, 1 go...

Yobs and Chavs

Terhangat skang ni pasal London Riot kat tv, lagi2 lepas ade budak Malaysia kena belasah. Golongan mane yg buat riot ni, kalu kat Malaysia ni, golongan bermasalah ni selalu golongan Mat Rempit kan. tapi kat UK dorang panggil Yob, bukan yop perak tu..

Yob dipercayai diterbalik dari ayat Boy. Ayat yob ni kira dah lama la gak. dorang ni selalu pakai hoodie, trainer dan sport shoes. kadang2 pakai cap.

Yobbo or yob is a slang term for an uncouth or thuggish working-class person. The word derives from a back slang reading of the word "boy" (diamik dari wiki)




Dan ayat Chav masih baru, lebih kurang 10 taun lepas. Selalunya Chav ni dari golongan Yob gak tapi dgn dressing yg tertentu, mcm pakai Burberry cap ke atau accessory yg lain. tapi kebanyakannya fake la.

A chav (pronounced /ˈtʃæv/ chav) is a stereotype of certain people in the United Kingdom. Also known as a charver in Yorkshire and North East England[1] "chavs" are said to be aggressive teenagers, of working class background, who repeatedly engage in anti-social behaviour such as street drinking, drug abuse and rowdiness, or other forms of juvenile delinquency. (diamik dari wiki gak)



Dulu2 masa aku study, kalau jln2, jumpa geng2 ni, mmg aku pusing ikut jalan lain especially kalau aku sorang. Dorang ni mmg agak racist skit, padahal kita bagi duit kat negara die, ingat free ke dtg negara die.cakap dorang pun ade style gak.

dan yob (aku tak tau panggilan utk pompuan) selalunya beranak awal, umur 14-17 taun anak dah ade. dan dorang ni la menghabiskan duit tax rakyat UK, pasal dorang dpt elaun jika lahirkan anak bawah umur. tu yg sedap je beromen dapat anak. golongan ni pun tak bekerja, lepak makan subsidi je. ekekekeeke

ni cara2 nak jadi chav aku amik dari ehow.com

  1. Appearance
    1) Wear a lot of gold, preferably fake gold, jewelry. Chavettes must wear very large gold hoop earrings. Chavs' jewelry can be rings, necklaces and studs.
    2) Get a baseball cap and wear it at all times. Bright colors like blue or orange are better and more chav. This is your status symbol; make it count.
    3) Purchase only designer clothing. Chavs have a bent for Burberry. It might not be economically feasible to buy a large wardrobe all at once, so start out small and build your chav wardrobe piece by piece. Chavettes should focus on getting an assortment of very short skirts and stillettos.
    4) Sport a few jumpsuits in your wardrobe. Chavs wear a lot of athletic gear with their baseball caps and bling.

  2. Lifestyle
    1) Drop out of high school with the idea of finishing some other time. You can get your GED when you're ready to focus on studying. Many successful people in various industries opted out of finishing their high school education upon finding that life experience had more to offer them.
    2) Desire to have children early in life and stay at home with them rather than taking a full-time job. Most chavs and chavettes produce offspring early in life during their most fertile years. The state may offer you money for taking care of your children so you don't have to seek employment.
    3 ) Hang out with other chavs and chavettes at the mall. You need to do this regularly and make it your favorite pastime.
    4 ) Show that you're ultra-discriminating about who you socialize with. If non-chavs approach you, make sure to let them know they aren't welcome and need to back off. Be concerned with maintaining your clique and culture.



Wednesday, August 10, 2011

Kenangan Berpuasa part 2

Salam, dah masuk Ramadhan ke 10 dah erk. cepat je.

Ok sambung plak part 2. kenangan ni plak lain skit dari yg part 1. tapi masih lagi aku kat utmkl. tapi masa 2nd year. bila masuk 2nd year, kena duk luar. motor pun dah ade masa tu. tapi takde la tahap merempit. rasanya taun 2001/2002 kot.

citer masa bersahur dulu la. aku mmg suka bersahur. bila bersahur, aku rasa seronok sgt sampai setiap kali bersahur aku tambah nasik tu, ehehehhe. sahur tu buat ramadhan tu lagi special kan. so bila dah puasa kat luar ni, kat KL, mmg meriah abih la. dari kg baru sampai le ke kg keramat. mmg open bila malam. kadang2 bila masing malas masak, kitorang lepak kat luar cari makanan utk sahur. kg baru jadi sasaran atau kg keramat. tapi bila rajin masak, aku la org yg bgn utk kejutkan Naan. resepi utamanya, telur dadar ngan sardin. aku plak ditugaskan utk tumbuk cili. masa tu aku mane la tau masak2 ni. Naan plak tukang masak. pastu kejutkan apis kedah ngan si adib. si effi x pose. tapi ade masa effi bgn awal mandi, satu umah bahankan die. ekekkekeke..

*apis ckp die tukang basuh pinggan. aku dah lupa pasal tu. so aku tambah la. apis tukang basuh pinggan sejati. ehehehhehehe

bila berbuka plak, tempat utk cari makan byk. dah ade motor, langkah pun jauh la. dari malindo ke kg baru ke kg keramat. beli makanan byk2.. pastu lepas mkn tersandar. hahahaha. kadang siap tertido tu. :P terawikh kadang2 sampai tuang. masing2 beli air sendiri. siap ade murtabak sume. bila time nak berbuka, sorang sampai penuh ngna kuih, tak masuk nasik lagi tu. eheheheh

ape2pun tu la kenangan masa 1st time duk umah bujang. seronok n rindu bila pikir balik zaman tu. pikiran relax, takde ape nak pikir melainkan study je. eheheheh..

akhir kata, selamat berpuasa

Wednesday, August 03, 2011

Lagu di Bulan Ramadhan

Salam Ramadhan hari yg ke 3.

Alhamdullillah dah 3 hari berpuasa. Puasa taun ni pun ade perbezaan pasal aku start keje baru. Tempat baru, kawan2 baru, cara kerja baru..semua baru. Ok tu je nak citer pasal keje.

Kalu korang pegi Shopping Mall, dorang dah mula pasang lagu raya. Gila ape, baru 3 hari puasa dah kecoh pasal raya, ape salah pasang lagu puasa. Bagi aku puasa yg meriah. raya tak semeriah bulan puasa. Ok sebab tu hari ni aku nak post lagu berkenaan Ramadhan. Lagu ni aku suka. ;)



Harapan Ramadhan - Raihan feat. Man Bai 

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua 

Tuesday, August 02, 2011

My favourite tv show during Ramadhan

Korang mesti ada tv show yg korang tunggu2 masa bulan Ramadhan kan? sama la gak mcm aku. ade yg dari kecik (since aku tingkatan 2 kot.. sampai skang ade rancangan yg masih ade setiap Ramadhan).

ni adalah list yg aku suka tgk, tak kira la show ni dah takde kat tv atau tau, tapi still lagi menjadi top hit kat Ramadhan tv show yg aku minat.

1) Jejak Rasul
- rancangan ni yg aku ckp sejak aku tingkatan 2 kot. sampai la skang dah berbelas taun. tapi aku tak merasa jemu. In fact, aku sgt suka. waktu die utk taun ni ditayangkan kul 6.30pm di tv3. taun ni dorang jelajah ke Eastern Europe (yeah brastilava mcm citer Eurotrip tu kot..ahahaha)

2) Syahadah
- rancangan ni plak ditayang kat tv1, walaupun show ni baru 3-4 taun ditayang ketika puasa, tapi not bad, taun ni dorang nak tunjuk Andalusia (yessss, my favourite place) dan Morocco. waktu die sama plak ngan Jejak Rasul. so aku akan tukar2 la channel

3) Spice Route
- rancangan unik ni menceritakan tentang rempah, asal usul rempah, bandar2 yg terkenal ngan rempah. yg jadi pengacara die pun sempoi chef tu. aku suka bila die citer pasal safron (the most expensive spice in the world) dan mcm2 jenis rempah yg kita sendiri tak tau yg bole jadi sabun dan mcm2 lagi la. ade yg buat icecream pun ade. tapi sayang, aku rasa ade 2 season je kot.

4) Diari Ramadhan Rafique
- citer ni kuar masa aku study kat UK, budak2 siap dwld tu. ahahahah. citer yg santai sambil2 tgk keletah budak2 kecik berpuasa.

5) Rumah Kedai
- seingat aku pelakon citer ni salah sorang Harun Salim Bachik. yg jadi tokey tu dah meninggal dunia, aku lupa nama die. citer ni popular masa taun 90an, masa aku kecik lagik.

6) Upin Ipin
- slot die 10 minit je aku rasa kat tv9. sampai skang upin dan ipin dah jadi popular

tu laa rancangan yg masih aku ingat dan tgk kalau kuar lagi kat tv. yg lain2 tu kurang la gak..

Selamat Berpuasa

Monday, August 01, 2011

Kenangan Berpuasa part 1

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam di dunia ni yg membaca blog aku yg serba malas ni. ehheheh. diharapkan kita semua dpt ganjaran berlipat2 ganda.

Bila masuk bulan Ramadhan ni, aku mesti teringat kenangan puasa especially masa aku dah merantau study. so skang ni aku nak citerkan balik kenangan puasa aku part 1.

puasa taun 2000 kot..masa tu duk kat asrama kolej 1 kat utmkl block E. aku punya no 5 kot. dah lupa. berjiran ngan azrul (ye nama sama ngan aku), apis (kedah), choi. tapi port bersahur dan berbuka kat bilik no 7 iaitu bilik Choi dan Apis Kedah.

citer pasal bersahur. aku ade la bawak serunding daging, so pagi2 aku akan bawak serunding n makan ngan roti. choi plak akan bancuh air nescafe panas. ehehhehe... aku, azrul, apis dan choi akan sahur sama2. nak kuar malas pagi2 buta.

citer pasal berbuka plak, selalu aku ngan kawan2 gi kat padang tembak beli kat sana je. tapi bila nak time berbuka, Adib akan berlari2 anak sambil melaungkan azan. bila die dah buat perangai mcm ni, sume budak dah prepare pasal jap lagi je nak berbuka. And port yg sama, di bilik choi n apis menjadi mangsa. tapi best berbuka ngan member2. gelak2. tapi ade la manusia yg makan ngan cepat, aku tak tau la kot die ni masuk nasi terus telan je kot. aku rasa less than 10 minutes akan terdengar derupan kaki pegi ke toilet utk membasuh tgn. mamat yg aku ckp ni nama die Effi Manja. ahhahaha...pas die basuh tgn die nyibuk la tgk kitorang makan.

pasal terawikh plak, sama je. kadang2 pegi, kadang2 tuang. ahahhahaha...:P

tapi tu la kali pertama aku bersahur dan berbuka tanpa keluarga...

Tuesday, July 19, 2011

Feeling Good

Penah tak korang tiba2 dgr lagu yg korang tak penah dgr and suddenly that song suit your mood that time?

lagu ni aku dgr dlm Chuck soundtrack season 3. so bila tetiba aku dlm mood feeling good, teringat lagu ni. terus carik n tgk tajuk lagu pun feeling good. nyanyi Nina Simone, kira legend la gak.

Birds flying high you know how I feel
Sun in the sky you know how I feel
Breeze driftin' on by you know how I feel

(refrain:)x2
It's a new dawn
It's a new day
It's a new life
For me
And I'm feeling good

Fish in the sea you know how I feel
River running free you know how I feel
Blossom on the tree you know how I feel

(refrain)

Dragonfly out in the sun you know what I mean, don't you know
Butterflies all havin' fun you know what I mean
Sleep in peace when day is done
That's what I mean

And this old world is a new world
And a bold world
For me

Stars when you shine you know how I feel
Scent of the pine you know how I feel
Oh freedom is mine
And I know how I feel

Wednesday, June 01, 2011

Cara jimat bil elektrik

Sempena kenaikan kadar tarif elektrik yg bermula hari ni. aku amik idea Asniza (member aku) dari facebook dan tambah2 skit ngan idea aku.

•1.charge hp kat opis jer, jangan charge kat rumah

• 2.ckp kat bos, dah tak boleh bawak balik keje buat kat rumah

•3.bawak pendrive banyak tuk download cite@ lagu kt ofis, sbb kat rumah bazir masa=letrik tinggi

•4.layan sinetron atau drama kat utube@ tonton.com time rehat kt ofis

•5 tak payah masak dan makan kat rumah. gi bawak family makan kat luar, kalau nak lepak lama, gi mamak je. order air segelas. lepak sampai rasa ngantuk. bole tgk tv free. balik terus tido je.

•6 masih lagi di kedai mamak, kedai mamak skang kan ade wifi, surf je internet sambil order air segelas. 


Tuesday, May 31, 2011

Biometric Collection System at KLIA

A Biometric Collection System, National Foreigners Enforcement & Registration System (NERS) will be implemented by Malaysian authorities at all entry and exit points in Malaysia effective June 1st, 2011.

The collection of Biometrics from both left and right index fingers will apply to all foreigners entering and leaving Malaysia, with the exception of Diplomatic passport holders, disabled passengers and children below the age of 12 yrs old.

Longer queue at every entry and exit points are expected during the first few months of implementation. Customers travelling to & from Malaysia should expect to spend more time at the airport and are advised to leave for the airport early to avoid any delay.

so lepas ni korang akan perasan bahagian foreign passport akan beratur panjang la erk. penah gak aku beratur panjang kat Soekarno Hatta Airport, biasa la kan. Changi Airport tak beratur panjang. cepat je. terbaik la KLIA implement benda ni, harap2 lepas ni bole la detect terrorist kot. (ehheheh)





.

Monday, May 30, 2011

Solar......

Korang pasti penah dgr atau tgk kat tv betapa obsesnya Universiti Teknologi Malaysia ngan kereta solar. Begitu obses sampai every year they make tournament or exhibition of solar car. Tapi aku tak tau la dorang ni takde idea, idea dah kering ke, dorang ni asyik la kereta solar, tak penah plak aku nampak sampan solar, bot solar. tak tau la kalau ade. ekekekek. enough bad talk about my previous uni, kang tak berkat diploma aku. i just want to  point that UTM or other universities in malaysia to be more creative and innovative regarding solar material.

ape yg aku nak kongsi hari ni bila boat solar terbesar lalu di brisbane.




org ramai yg sama2 nak tgk rupa boat ala2 dlm citer tamil bila sume kerumun kalau hero bergaduh. :P

Tuesday, May 24, 2011

Kenapa aku malas update blog??

Kenapa aku malas update blog? aku pun tak tau. ahahhaha. padahal dah nak dekat 7 taun, tapi entry skit je. org lain dah untung juta2 kot pasal advert kat blog. aku plak mcm ni je. ehheheh. tapi aku tak rasa terkilan pun. pasal aku tulis blog suka2 je. bila aku rajin, bila aku bosan aku tulis la. i'm not a person who want to share my personal life to other people. dlm sini aku more into share my experience, thought atau benda2 menarik. buat pe nak kasitau satu dunia ape aku tgh buat yg detail plak kan. I hope with my post entry yg tak seberapa tu bole la membantu korang walaupun skit je. tapi mane tau ade tolon2 skit. ape2 ntah ayat aku ni. kalau tulis karangan Penulisan Bahasa Melayu ni, bole repeat paper mcm zaman SRP dulu. ekekekeke.

kadang2 idea tu ade, idea tulis blog bole muncul masa di dlm tandas, naik motor, naik kete...baring2...i think i need to hire typist (ade lagi ke profession ni skang ?) utk taip laaa. hehehhe. bole ke mcm tu.. malas itu tidak baik ye rakan2. sila jadi rajin. :P

eh..tak perasan aku dah buat satu entry la hari ni. membebel mcm ni pun bole jadi entry ke? :P

My Jolly Sailor Bold

semlm aku melayan Pirate Of Te Caribbean.. tapi ape aku nak tulis ni bukan pasal filem tu, review filem ni kalu rajin aku tulis la. tapi dlm movie ni aku tertarik dgn satu lagu.. lagu ni mermaid nyanyi. pergh..enchanting song sang by enchanting mermaid. scene tu mmg aku suka. dgn background music. korang mesti suspen ape yg mermaid tu akan buat. ni lirik die dlm scene ni.

My heart is pierced by Cupid, I disdain all glittering gold,
There is nothing that can console me but my jolly sailor bold.

Come all you pretty fair maids, whoever you may be

Who love a jolly sailor bold that ploughs the raging sea.



ok..clip kat atas tu scene lagu tu erk. dlm tu Tamara a.k.a Queen of Mermaid (lakonan Gemma Ward), tapi dlm movie takde la mention pasal Queen of Mermaid. I'm not sure either Gemma is the real singer or just lip synch..urm.. tapi aku berkenan betul ngan lagu ni. mcm terpukau. wakakaka..ayat tak bole blah. dan bila aku godek2 internet, there is a full lyric, real or not, tak dpt di pastikan. Dan composer lagu ni Hans Zimmer (yg ni pun aku tak pasti, pasal lagu ni tak release lagi. urm.....kalau ade pun dari dlm movie je.)

Upon one summer’s morning, I carefully did stray,
Down by the Walls of Wapping, where I met a sailor gay,
Conversing with a bouncing lass, who seem’d to be in pain,
Saying, William, when you go, I fear you will ne’er return again.

His hair it does in ringlets hang, his eyes as black as soles,
My happiness attend him wherever he goes,
From Tower Hill, down to Blackwall, I will wander, weep and moan,
All for my jolly sailor bold, until he does return.

My father is a merchant — the truth I will now tell,
And in great London City in opulence doth dwell,
His fortune doth exceed ₤300,000 in gold,
And he frowns upon his daughter, ‘cause she loves a sailor bold.

A fig for his riches, his merchandise, and gold,
True love is grafted in my heart; give me my sailor bold:
Should he return in poverty, from o’er the ocean far,
To my tender bosom, I’ll fondly press my jolly tar.

My sailor is as smiling as the pleasant month of May,
And oft we have wandered through Ratcliffe Highway,
Where many a pretty blooming girl we happy did behold,
Reclining on the bosom of her jolly sailor bold.

Come all you pretty fair maids, whoever you may be
Who love a jolly sailor bold that ploughs the raging sea,
While up aloft, in storm or gale, from me his absence mourn,
And firmly pray, arrive the day, he home will safe return.

My name it is Maria, a merchant’s daughter fair,
And I have left my parents and three thousand pounds a year,
My heart is pierced by Cupid, I disdain all glittering gold,
There is nothing that can console me but my jolly sailor bold.

Tuesday, May 03, 2011

Drama - School Genre

Semlm aku layan gak la drama melayu sekolah tajuk Juvana. From my POV, not bad. aku rasa tak banyak citer pasal sekolah kalau drama melayu ni. Mostly drama melayu, mesti kaya, dato', ada bisnes property. lepas tu hasad dengki..kih kih kih.. tapi takmo la ckp pasal drama melayu ni. aku nak citer pasal drama sekolah. bagi aku bole tahan citer Juvana ni, cuma kena touch up skit. maybe ade yg tak sesuai kot utk malaysian, tu pasal ade limited skit jalan citer. sepanjang aku melayan drama jepun dan korea ni, mostly drama school genre japanese yg best. compare to korean. but i dont talk about Hana Yori Dango or Boys Before Flower ataupun My Boss My Hero (akan diperkatakan nanti2 bila aku rajin). tu dah masuk comedy romantic school genre. here i highlight 3 of my favourites school genre japanese drama series.




1) GTO (great teacher Onizuka)
- sape tak penah tau citer kartun/manga/drama series ni. lakonan Takashi dan Nanako. citer pasal cikgu yg gila2 dan cuba membantu anak murid. He's crazy guy but has a pure and sincere heart to help his student in his own way. He advise them to live their youth happily. And friendship is one of the way to get it. Kalau korang perasan salah sorang student die jadi org jahat dlm Ip Man. :)
GTO bukan ade dlm manga dan anime, juga ade version movie. tapi movie die so-so je la.


2) Gokusen
Drama ni paling byk sequel. Gokusen 1, 2, 3 and movie. Pun diamik dari manga (komik). Mengisahkan cikgu perempuan anak kepada Yakuza yg mmg nak jadi cikgu. die ditugaskan mengajar dlm kelas yg budak2 nakal. in so happen, she has fighting skill, so kalau duel ngan die mmg silap besar la. Die pun byk bantu dari segi emotional support and advise, disamping tolon belasah sape yg kacau anak murid die. Bagi aku citer ni biasa je. tapi bole dilayan.
she reminds me of someone :P

tu pasal aku suka tgk drama ni. :P

3) Dragon Zakura
My favourite school drama series. lakonan Abe Hiroshi, Masami and Yamapi. berciter pasal sekolah yg bodoh dgn average score sume student below 40% (ape kegajahnya bodoh sgt...ehehhehehe). diamik dari manga. so as u know, japanese school sume private, so dorang mau demolish ini school. sorang lawyer (Abe Hiroshi) ditugaskan utk memfailkan kes ni. tapi lawyer ni dpt idea, ape kata die tolon utk tolon student2 yg kurang pandai ni. target die 1st year 5 org akan masuk Todai University (University of Tokyo) of the best university in Japan and Asia. jumlah ni akan berganda dari taun ke taun. so die dpt la convince org utk bagi peluang setaun utk die tolon. Cikgu perempuan dari sekolah tu dipilih sebagai pembantu.

Berbeza ngan GTO dan Gokusen yg byk membantu dari segi emosi, Abe Hiroshi lebih serius dan ego. die tidak pujuk pun kalau student die merajuk. sini la peranan cikgu pompuan tadi. dari subject math sampai la history, sume tunjuk cara2 belajar. y this drama not out when i looking ofr study method aaa? ehehhehee. ending yg menarik.

Sunday, May 01, 2011

Oh....saujana mata memandang

Kalau kat Kedah, kita lalu tepi highway, kena plak masa padi tgh masak. kuning je kan. tapi cuba bayangkan korang kat Holland masa spring (org kata musim bunga). ape yg korang akan nampak. nah amik ko!!!!!




pic2 kat atas tu ladang bunga tulip. mcm warna krayon kan. ekekekeke. berbillion2 tulip ni dieksport ke US dan Germany. gila gempak kan kan kan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...