Thursday, August 25, 2011

Kenangan Berpuasa part 5

okie..lagi beberapa hari je lagi nak raya kan. ok ni aku tulis part terakhir dlm trilogy puasa aku ketika merantau. ehehehe. mcm harry potter ngan lotr plak.,

ok. yg ni aku gabung ketiga2 taun dari taun 2004 ke 2006. 3 taun aku puasa di perantauan. 3 taun tu aku rasa seronok dan sedih pada masa yg sama. masa ni la puasa dan raya tidak bersama keluarga. masa ni gak la puasa di negara org yg x sambut pose. masa ni gak takde bazar ramadhan..aaahhh tensen gak masa tu..ekekke

ok..masa 1st time aku dtg uk. kebetulan puasa nak dekat. mak aku bagi rendang daging masa 1st time pegi. dan rendang tu la aku makan. masa tu tak reti nak masak, so aku beli roti, cicah rendang.. bole kata tiap2 hari aku bedal. ekekeke.. aina pun ade bagi nasi goreng yg die masak.

tang berbuka, aku pegi ke sport rec, tempat berbuka utk org muslim, makanan ditaja pak arab kat situ. makanan sedap ooo. masa ni lah aku belajar makan kambing, bariani. buah2 plak mane ade pisang2, anggur..oren.. kelas tu. ekekeke..

berbuka plak time tu awal, ade masa tu kul 4pm dah buka. ade satu masa tu, dlm klas, kitorang buka pose ngan snickers je. tu pun kerat skit2. masing2 lupa. ekkekekek..

terawikh plak buat 8 je. tapi 1 rakaat panjang gila. tapi tak kisah pasal imam baca surah dgn merdu sekali.

bila dah masuk taun ke dua tu. sahur tu aku masak tgh mlm. so masa sahur, aku panaskan je. sadis masa 1st year je la. roti, rendang daging, air oren. amik ko...kakakakaka..

korang dah byr zakat ke? shopping2 gak. yg wajib jgn lupa.. :) ok..sekian citer pasal puasa. post akan dtg akan citer pasal raya plak...


Sunday, August 21, 2011

Engagement photos session - zombie theme

Bila aku baca benda ni kat dailymail.co.uk, aku rasa photoshoot session ni menarik dan lain dari yg lain. korang mesti selalu tgk photo session kat malaysia yg stereotype, maybe dorang ni berguru ngan satu guru je kot. so mmg sama je style. sampai aku rasa meluat pun ade, korang byr mahal2, tapi hasil mcm lahanat.

ni aku post hasil dari photographer Amanda Rynda. pasangan di dalam pic ni ialah Juliana Park dan Ben Lee. dlm pic ni, masa tgh picnic, ade zombie dtg, dan dgn heroic act, lelaki tu cuba nak bunuh zombie, tapi gf die guna penyodok hentak zombie. look cool isnt it?

Tgh berpicnic

Tetiba ada lak nak join sekaki..
aaaaa!!!! terkejut!!!!!
Bf menunjukkan kekuatan..
Tapi gf yg dpt kalahkan guna penyodok..





Kenangan Berpuasa part 4

salam.. dah masuk 10 hari terakhir ramadhan..meh sambung balik citer pasal kenangan berpuasa lagi..

ok..ni aku citer pasal kenangan berpuasa masa kat UTMJB taun 2003. aku tak berapa minat sgt masa kat skudai, pasal byk benda tak best kat sini. harga makanan mahal, mlm2 takde ape nak buat dan lepak dlm bilik je. nak gi jb pun agak jauh. so kesimpulannya mmg tak best.

masa aku kat utmjb ni, aku bersama 4 kwn lain iaitu apis kedah, azli, martkey, pejal ngan pijan. kitorang ni mmg geng diploma yg dpt further study kat utmjb. so gi klas ke gi makan pun sama2. apis tumpang aku kalau naik motor, kalau aku malas, aku suruh die bawak. ekekekek..

ok, citer pasal pose, tak byk aku nak citer pasal bulan pose. setiap kali berbuka, kitorang akan pergi mamak kat taman U, pasal ape erk kitorang makan mamak,? kalau kat kl, mamak punya nasi campur lagi mahal kan? tapi kat jb, nasi campur mamak lagi murah. so bole kata hari2 la makan lauk kari. tak pegi pun pasar ramadhan kat dlm utm tu, dah la mahal, tak sedap plak tu. masa kat kedai mamak tu, dpt la free kurma ngan bubur kacang rasa rempah. ehehhehe.. hari2 tu, sampai muak la makan nasi kari.

bab sahur lak, kitorang gi kedai makan kat kolej 9/10 tu. situ sahur ok la. order nasi goreng ke nasi campur ke. nak kuar tu kadang2 je. masa tu takde waktu curfew, so bole kuar suka2 hati.

nak balik shah alam pun kena beli tiket awal gak, takut tiket bas abih. harga tiket aku lupa tapi mahal skit. itu je yg aku ingat pasal pose aku kat utmjb, maybe sume rutin sama je kot. so takde ape benda special aku nak cite.

korang dah shopping raya ke? ehhehe.

Tuesday, August 16, 2011

Kenopo Dewi-Jalil Hamid with lyric

Aku suka gile lagu ni, tambah plak lirik dlm bahasa Jawa. walaupun aku tak pandai ckp atau paham pun, sedikit jeles la kalau gi Banting tgk dorang ckp jawa, lancar je..ekekekeke.. ok lirik ni aku amik dari http://adialuvluze.blogspot.com



Dinho iki kue theko nguyu,
Tersenyum gawe ku seneng,
Kue hias awakmu gawe hati bertambah sayang..


Tapi wingi raiemu ngerget,
Kenopo dewi kenopo,
Apokah aku seng salah,
ngomong la dewi ngomonglah...


Ojo dewi ojo koyo ngono,
nguyu, nguyu lah waie
Manis riang,
Raiemu bertambah ayu...

lirik asal:

Hari ini kau datang riang
Tersenyum buatku senang
Kau hias dirimu
Membuat hati bertambah sayang

Tapi wajahmu semalam muram
Mengapa dewi mengapa
Mungkinkah aku bersalah
Cubalah dewi katakan

( korus )
Jangan dewi jangan begitu
Senyum-senyumlah selalu
Manis riang
Wajah bertambah jelita

Monday, August 15, 2011

Kenangan Berpuasa part 3

Eh..dah abih puasa ke 15..dah masuk 2nd half bulan pose...mmg cepat kan...masa berlalu pantas.. ok sambung balik utk part 3.

Utk part 3, aku nak back to 2002, masa ni Adib, Effi manja, mamat, amir dah kuar dari rumah pasal dorang buat praktikal kat kawasan umah dorang. yg tinggal aku, naan, apis, azrul dan wan. dan masa ni la ade 4 anggota baru masuk iaitu salleh, nuox, adik ngan faizal. faizal ni budak utmkl gak. tapi salleh nuox dan adik ni budak belajar kolej tm. actually salleh kawan naan. tapi dua org tu follow duk sekali. masa ni gak bole dikatakan zaman kegemilangan pangsamurni.

masa ni masa praktikal. so dah takde pikir pasal study. pikir relax, dpt duit, mlm main game atau tgk wayang. mmg chill abih. so bila bulan puasa. kadang2 je masak. dan lain2 beli dan makan luar. masa ni aku sama tempat praktikat ngan faizal di sri rampai. apis ngan azrul plak kat bukit indah ampang. naan kat sungeiway.  tapi masa projek kat tmpt keje aku tak byk sgt. so byk mengulor la. sempat gi jalan2 ke klcc ngan pejal ni. 1 thing about pejal ni, die follow je.. ehehhe. tu yg best tu. beli lauk berbuka plak selalu kat pasar keramat pasal on the way balik sekali. ade satu hari tu, aku suruh la pejal naik dulu, sekali aku dah naik atas nak berbuka, die tak sampai umah lagi, rupanya die dah tersangkut dlm lif.

perihal azrul ngan apis plak, dorang ni dah jadi buruh kasar bangla. balik ngan peluh2 dan kotor. pas makan je terbongkang tido.. elaun ok la masa tu. tapi naan la, lepas accident terus tak pegi langsung praktikal. ehehhehe.. dan masa ni gak popular lagu Asereje tu. ekekekek..

pas je buka, kadang2 je gi terawikh.. sorang je bukak komputer, abis sume bukak komputer main halflife. ahhaha.. mmg best aaa.. sampai pagi buta tu main. tak sedar diri. mcm tu la aku berpuasa masa aku study diploma dulu. next part aku citer pasal berpuasa kat UTMJB plak.

selamat berpuasa

Rumah Ashton Kutcher yg awesome

Pic2 dibawah ni ialah rumah bergerak utk Ashton yg bernilai 2 juta dolar. gila aaa.. Total floor space ialah 1100 feet square. Lebih besar dari keluasan kebanyakkan apartment kat Malaysia ni. Ia tidak digelar trailer tapi mobile estate yg ade 2 tingkat, panjang 53 kaki dan berat 30 ton.








Friday, August 12, 2011

Hitam Kuning (Go Tigers) -JJ & Ean Hitz.fm morning crew parody

Hari tu aku lupa nak post masa aku layan lagu ni sebelum game Malaysia vs Singapore. It was unlucky for Malaysia. tapi layan dowh lagu ni kan...



It’s Nadhira, what’s up JJ and Ean
Hitam kuning, hitam kuning, Go tigers...

On the pitch, they gonna leave no survivor
Black and Yellow, hello, catch the fever
Come on Malaysians, let’s make you all believers...

Hitam kuning, hitam kuning, hitam kuning,
Hitam kuning! Go tigers! Go tigers
Hitam kuning, hitam kuning, hitam kuning,
Hitam kuning! Go tigers! Go Go tigers...

Black stripes with yellow trims
I heard they scare of us cos we gonna win
We’re tiger on our chest
Can you hear us roaring
We playing our best and we will be scoring...


Suzuki Cup we bagged the medal
from our necks the medals dangle
We gonna light up like candle
Hitam Kuning can you handle..US
All the haters can Shhhh..now
Malaysians Tiger with the coach..Raja Gopal...

Harimau Malaya, mengaum gagah,
Juara Malaya, Raja Asia
Lawan Diserang, tiada gentar
Mengaum gagah, lawan gentar
Harimau Malaya, dunia digegar
Yeahhhh....

If you are proud of the Malaysia football team,
Everybody stand up with us now
And get ready to sing, alright...

3, 2, 1 go...

Yobs and Chavs

Terhangat skang ni pasal London Riot kat tv, lagi2 lepas ade budak Malaysia kena belasah. Golongan mane yg buat riot ni, kalu kat Malaysia ni, golongan bermasalah ni selalu golongan Mat Rempit kan. tapi kat UK dorang panggil Yob, bukan yop perak tu..

Yob dipercayai diterbalik dari ayat Boy. Ayat yob ni kira dah lama la gak. dorang ni selalu pakai hoodie, trainer dan sport shoes. kadang2 pakai cap.

Yobbo or yob is a slang term for an uncouth or thuggish working-class person. The word derives from a back slang reading of the word "boy" (diamik dari wiki)




Dan ayat Chav masih baru, lebih kurang 10 taun lepas. Selalunya Chav ni dari golongan Yob gak tapi dgn dressing yg tertentu, mcm pakai Burberry cap ke atau accessory yg lain. tapi kebanyakannya fake la.

A chav (pronounced /ˈtʃæv/ chav) is a stereotype of certain people in the United Kingdom. Also known as a charver in Yorkshire and North East England[1] "chavs" are said to be aggressive teenagers, of working class background, who repeatedly engage in anti-social behaviour such as street drinking, drug abuse and rowdiness, or other forms of juvenile delinquency. (diamik dari wiki gak)



Dulu2 masa aku study, kalau jln2, jumpa geng2 ni, mmg aku pusing ikut jalan lain especially kalau aku sorang. Dorang ni mmg agak racist skit, padahal kita bagi duit kat negara die, ingat free ke dtg negara die.cakap dorang pun ade style gak.

dan yob (aku tak tau panggilan utk pompuan) selalunya beranak awal, umur 14-17 taun anak dah ade. dan dorang ni la menghabiskan duit tax rakyat UK, pasal dorang dpt elaun jika lahirkan anak bawah umur. tu yg sedap je beromen dapat anak. golongan ni pun tak bekerja, lepak makan subsidi je. ekekekeeke

ni cara2 nak jadi chav aku amik dari ehow.com

  1. Appearance
    1) Wear a lot of gold, preferably fake gold, jewelry. Chavettes must wear very large gold hoop earrings. Chavs' jewelry can be rings, necklaces and studs.
    2) Get a baseball cap and wear it at all times. Bright colors like blue or orange are better and more chav. This is your status symbol; make it count.
    3) Purchase only designer clothing. Chavs have a bent for Burberry. It might not be economically feasible to buy a large wardrobe all at once, so start out small and build your chav wardrobe piece by piece. Chavettes should focus on getting an assortment of very short skirts and stillettos.
    4) Sport a few jumpsuits in your wardrobe. Chavs wear a lot of athletic gear with their baseball caps and bling.

  2. Lifestyle
    1) Drop out of high school with the idea of finishing some other time. You can get your GED when you're ready to focus on studying. Many successful people in various industries opted out of finishing their high school education upon finding that life experience had more to offer them.
    2) Desire to have children early in life and stay at home with them rather than taking a full-time job. Most chavs and chavettes produce offspring early in life during their most fertile years. The state may offer you money for taking care of your children so you don't have to seek employment.
    3 ) Hang out with other chavs and chavettes at the mall. You need to do this regularly and make it your favorite pastime.
    4 ) Show that you're ultra-discriminating about who you socialize with. If non-chavs approach you, make sure to let them know they aren't welcome and need to back off. Be concerned with maintaining your clique and culture.



Wednesday, August 10, 2011

Kenangan Berpuasa part 2

Salam, dah masuk Ramadhan ke 10 dah erk. cepat je.

Ok sambung plak part 2. kenangan ni plak lain skit dari yg part 1. tapi masih lagi aku kat utmkl. tapi masa 2nd year. bila masuk 2nd year, kena duk luar. motor pun dah ade masa tu. tapi takde la tahap merempit. rasanya taun 2001/2002 kot.

citer masa bersahur dulu la. aku mmg suka bersahur. bila bersahur, aku rasa seronok sgt sampai setiap kali bersahur aku tambah nasik tu, ehehehhe. sahur tu buat ramadhan tu lagi special kan. so bila dah puasa kat luar ni, kat KL, mmg meriah abih la. dari kg baru sampai le ke kg keramat. mmg open bila malam. kadang2 bila masing malas masak, kitorang lepak kat luar cari makanan utk sahur. kg baru jadi sasaran atau kg keramat. tapi bila rajin masak, aku la org yg bgn utk kejutkan Naan. resepi utamanya, telur dadar ngan sardin. aku plak ditugaskan utk tumbuk cili. masa tu aku mane la tau masak2 ni. Naan plak tukang masak. pastu kejutkan apis kedah ngan si adib. si effi x pose. tapi ade masa effi bgn awal mandi, satu umah bahankan die. ekekkekeke..

*apis ckp die tukang basuh pinggan. aku dah lupa pasal tu. so aku tambah la. apis tukang basuh pinggan sejati. ehehehhehehe

bila berbuka plak, tempat utk cari makan byk. dah ade motor, langkah pun jauh la. dari malindo ke kg baru ke kg keramat. beli makanan byk2.. pastu lepas mkn tersandar. hahahaha. kadang siap tertido tu. :P terawikh kadang2 sampai tuang. masing2 beli air sendiri. siap ade murtabak sume. bila time nak berbuka, sorang sampai penuh ngna kuih, tak masuk nasik lagi tu. eheheheh

ape2pun tu la kenangan masa 1st time duk umah bujang. seronok n rindu bila pikir balik zaman tu. pikiran relax, takde ape nak pikir melainkan study je. eheheheh..

akhir kata, selamat berpuasa

Wednesday, August 03, 2011

Lagu di Bulan Ramadhan

Salam Ramadhan hari yg ke 3.

Alhamdullillah dah 3 hari berpuasa. Puasa taun ni pun ade perbezaan pasal aku start keje baru. Tempat baru, kawan2 baru, cara kerja baru..semua baru. Ok tu je nak citer pasal keje.

Kalu korang pegi Shopping Mall, dorang dah mula pasang lagu raya. Gila ape, baru 3 hari puasa dah kecoh pasal raya, ape salah pasang lagu puasa. Bagi aku puasa yg meriah. raya tak semeriah bulan puasa. Ok sebab tu hari ni aku nak post lagu berkenaan Ramadhan. Lagu ni aku suka. ;)



Harapan Ramadhan - Raihan feat. Man Bai 

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua 

Tuesday, August 02, 2011

My favourite tv show during Ramadhan

Korang mesti ada tv show yg korang tunggu2 masa bulan Ramadhan kan? sama la gak mcm aku. ade yg dari kecik (since aku tingkatan 2 kot.. sampai skang ade rancangan yg masih ade setiap Ramadhan).

ni adalah list yg aku suka tgk, tak kira la show ni dah takde kat tv atau tau, tapi still lagi menjadi top hit kat Ramadhan tv show yg aku minat.

1) Jejak Rasul
- rancangan ni yg aku ckp sejak aku tingkatan 2 kot. sampai la skang dah berbelas taun. tapi aku tak merasa jemu. In fact, aku sgt suka. waktu die utk taun ni ditayangkan kul 6.30pm di tv3. taun ni dorang jelajah ke Eastern Europe (yeah brastilava mcm citer Eurotrip tu kot..ahahaha)

2) Syahadah
- rancangan ni plak ditayang kat tv1, walaupun show ni baru 3-4 taun ditayang ketika puasa, tapi not bad, taun ni dorang nak tunjuk Andalusia (yessss, my favourite place) dan Morocco. waktu die sama plak ngan Jejak Rasul. so aku akan tukar2 la channel

3) Spice Route
- rancangan unik ni menceritakan tentang rempah, asal usul rempah, bandar2 yg terkenal ngan rempah. yg jadi pengacara die pun sempoi chef tu. aku suka bila die citer pasal safron (the most expensive spice in the world) dan mcm2 jenis rempah yg kita sendiri tak tau yg bole jadi sabun dan mcm2 lagi la. ade yg buat icecream pun ade. tapi sayang, aku rasa ade 2 season je kot.

4) Diari Ramadhan Rafique
- citer ni kuar masa aku study kat UK, budak2 siap dwld tu. ahahahah. citer yg santai sambil2 tgk keletah budak2 kecik berpuasa.

5) Rumah Kedai
- seingat aku pelakon citer ni salah sorang Harun Salim Bachik. yg jadi tokey tu dah meninggal dunia, aku lupa nama die. citer ni popular masa taun 90an, masa aku kecik lagik.

6) Upin Ipin
- slot die 10 minit je aku rasa kat tv9. sampai skang upin dan ipin dah jadi popular

tu laa rancangan yg masih aku ingat dan tgk kalau kuar lagi kat tv. yg lain2 tu kurang la gak..

Selamat Berpuasa

Monday, August 01, 2011

Kenangan Berpuasa part 1

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam di dunia ni yg membaca blog aku yg serba malas ni. ehheheh. diharapkan kita semua dpt ganjaran berlipat2 ganda.

Bila masuk bulan Ramadhan ni, aku mesti teringat kenangan puasa especially masa aku dah merantau study. so skang ni aku nak citerkan balik kenangan puasa aku part 1.

puasa taun 2000 kot..masa tu duk kat asrama kolej 1 kat utmkl block E. aku punya no 5 kot. dah lupa. berjiran ngan azrul (ye nama sama ngan aku), apis (kedah), choi. tapi port bersahur dan berbuka kat bilik no 7 iaitu bilik Choi dan Apis Kedah.

citer pasal bersahur. aku ade la bawak serunding daging, so pagi2 aku akan bawak serunding n makan ngan roti. choi plak akan bancuh air nescafe panas. ehehhehe... aku, azrul, apis dan choi akan sahur sama2. nak kuar malas pagi2 buta.

citer pasal berbuka plak, selalu aku ngan kawan2 gi kat padang tembak beli kat sana je. tapi bila nak time berbuka, Adib akan berlari2 anak sambil melaungkan azan. bila die dah buat perangai mcm ni, sume budak dah prepare pasal jap lagi je nak berbuka. And port yg sama, di bilik choi n apis menjadi mangsa. tapi best berbuka ngan member2. gelak2. tapi ade la manusia yg makan ngan cepat, aku tak tau la kot die ni masuk nasi terus telan je kot. aku rasa less than 10 minutes akan terdengar derupan kaki pegi ke toilet utk membasuh tgn. mamat yg aku ckp ni nama die Effi Manja. ahhahaha...pas die basuh tgn die nyibuk la tgk kitorang makan.

pasal terawikh plak, sama je. kadang2 pegi, kadang2 tuang. ahahhahaha...:P

tapi tu la kali pertama aku bersahur dan berbuka tanpa keluarga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...