Sunday, August 21, 2011

Kenangan Berpuasa part 4

salam.. dah masuk 10 hari terakhir ramadhan..meh sambung balik citer pasal kenangan berpuasa lagi..

ok..ni aku citer pasal kenangan berpuasa masa kat UTMJB taun 2003. aku tak berapa minat sgt masa kat skudai, pasal byk benda tak best kat sini. harga makanan mahal, mlm2 takde ape nak buat dan lepak dlm bilik je. nak gi jb pun agak jauh. so kesimpulannya mmg tak best.

masa aku kat utmjb ni, aku bersama 4 kwn lain iaitu apis kedah, azli, martkey, pejal ngan pijan. kitorang ni mmg geng diploma yg dpt further study kat utmjb. so gi klas ke gi makan pun sama2. apis tumpang aku kalau naik motor, kalau aku malas, aku suruh die bawak. ekekekek..

ok, citer pasal pose, tak byk aku nak citer pasal bulan pose. setiap kali berbuka, kitorang akan pergi mamak kat taman U, pasal ape erk kitorang makan mamak,? kalau kat kl, mamak punya nasi campur lagi mahal kan? tapi kat jb, nasi campur mamak lagi murah. so bole kata hari2 la makan lauk kari. tak pegi pun pasar ramadhan kat dlm utm tu, dah la mahal, tak sedap plak tu. masa kat kedai mamak tu, dpt la free kurma ngan bubur kacang rasa rempah. ehehhehe.. hari2 tu, sampai muak la makan nasi kari.

bab sahur lak, kitorang gi kedai makan kat kolej 9/10 tu. situ sahur ok la. order nasi goreng ke nasi campur ke. nak kuar tu kadang2 je. masa tu takde waktu curfew, so bole kuar suka2 hati.

nak balik shah alam pun kena beli tiket awal gak, takut tiket bas abih. harga tiket aku lupa tapi mahal skit. itu je yg aku ingat pasal pose aku kat utmjb, maybe sume rutin sama je kot. so takde ape benda special aku nak cite.

korang dah shopping raya ke? ehhehe.

3 comments:

zey said...

belum lagi lah shopping raya....

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

dah shopping dah.. x mau ke mall dah pas ni..duk dendiam kt rmh

Suzie Majid said...

akk pun da shopping gak....warna ape ko taun ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...