Wednesday, September 21, 2011

100th post



Akhirnya..inilah post ke 100 aku selepas 7 taun aku menulis blog. ahhahaha.. gila la 7 taun baru bole 100th post. gila tak aktif. ni pun baru nak aktif. sepanjang 7 taun tu, ade satu taun iaitu 2007 aku tak tulis padahal aku ade travel ke spain dan merupakan the best travel in my life so far. eheheheh. tapi tu nanti la aku akan update dan transfer pic dari fotopages.

meh aku citer kenapa aku menulis blog ni, aku menulis bila aku dah dpt offer ke UK, so aku pun menulis utk update ape life aku masa kat sane. maklumlah dulu 2004 facebook pun blum ade. yg ade friendster. kakak aku plak hanya tau bukak email je. so aku pilih the simple way masa tu iaitu blog. dgn cara ni family aku bole la tau perkembangan hidup aku. tapi dlm blog aku tulis yg indah2 belaka la. kenangan susah tu takde la nak tulis sgt, xmo nak susahkan hati parent. ehehehe. tu bila org tanya, baru la aku citer.

dan aku bukan la org yg aktif menulis. bila ade mood je. dan aku rasa aku menulis benda yg worth utk aku menulis dan worth utk org membaca. takkan la nak tulis berapa kali aku buang air besar, berapa kali buang air kecil..hari ni aku jumpa duit rm1.. esok plak tulis hari ni plak aku beli barang dapur.. ekekekek.. korang rasa aku ni selebriti ke nak tulis mcm tu.. so aku tulis ape aku rasa bole mengimbau kenangan, luahan pendapat, dan travel blog aku..so bila aku baca balik.. takde la bosan. ekekeke..

masing2 punya blog, masing2 punya cara la kan. tapi tima kasih la sape2 yg baca blog aku. walaupun tak ramai, pasal aku amat jarang blogwalking atau comment di blog org lain. so mcm mane la org nak dtg kan. terpulang. lagipun aku blog ni bukan nak cari duit, just utk isi masa lapang aku.. ape2 pun tima kasih sape2 yg follow dan komen dan membaca blog aku yg x seberapa ni..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...