Monday, September 26, 2011

Movie - Killer Elite

aku x berapa tau film ape kat wayang skang ni, tapi ape yg aku tau citer ni kuar minggu ni. Killer Elite dikatakan based on true story, tapi aku pasti hollywood dah kasi tambah nasi kasi nampak mcm best.

pelakon citer ni Jason Statham, Robert De Niro dan Clive Owen. bole tahan kan??? tgk dari genre, action movie pasal Jason mmg terkenal ngan action movie terlampau. mengingatkan aku kat citer Transporter..


tapi kan....yg menjadi penyebab aku tunggu citer ni pasal pelakon kat bawah ni ade berlakon movie ni..jeng jeng jeng..

Yvonne Strahovski
ni la punca sebenar aku nak tgk movie ni. walaupun watak die kecik, saje nak tgk...  :P

Fast Food Info

Perihal fast food. so kurangkan mkn fast food....


Sunday, September 25, 2011

Fotopages entry 1

ok geng. ni aku transfer fotopages entry aku.


Saturday, 16-Apr-2005 00:00
Royal Albert Hall and London

Assalamualaikum...ni pic masa aku pegi concert siti kat royal albert hall..ku tgk skali ngan aifa..ihhihi.tapi takde ler pic siti kat sini..aku spend 4 days kat london..jalan2 dengan lee dan mas..byk gk tempat yg kitorang pegi...

aku and aifa depan royal albert hall

aku and mas kat victoria station







dgn Lee kat China Town London





Thursday, September 22, 2011

Gurauan terlampau

korang penah ke kena kacau mcm ni masa sms ngan gf korang? serious shit not funny buat lelaki tu, mau die terkucil masa tunggu reply sms.


Wednesday, September 21, 2011

100th post



Akhirnya..inilah post ke 100 aku selepas 7 taun aku menulis blog. ahhahaha.. gila la 7 taun baru bole 100th post. gila tak aktif. ni pun baru nak aktif. sepanjang 7 taun tu, ade satu taun iaitu 2007 aku tak tulis padahal aku ade travel ke spain dan merupakan the best travel in my life so far. eheheheh. tapi tu nanti la aku akan update dan transfer pic dari fotopages.

meh aku citer kenapa aku menulis blog ni, aku menulis bila aku dah dpt offer ke UK, so aku pun menulis utk update ape life aku masa kat sane. maklumlah dulu 2004 facebook pun blum ade. yg ade friendster. kakak aku plak hanya tau bukak email je. so aku pilih the simple way masa tu iaitu blog. dgn cara ni family aku bole la tau perkembangan hidup aku. tapi dlm blog aku tulis yg indah2 belaka la. kenangan susah tu takde la nak tulis sgt, xmo nak susahkan hati parent. ehehehe. tu bila org tanya, baru la aku citer.

dan aku bukan la org yg aktif menulis. bila ade mood je. dan aku rasa aku menulis benda yg worth utk aku menulis dan worth utk org membaca. takkan la nak tulis berapa kali aku buang air besar, berapa kali buang air kecil..hari ni aku jumpa duit rm1.. esok plak tulis hari ni plak aku beli barang dapur.. ekekekek.. korang rasa aku ni selebriti ke nak tulis mcm tu.. so aku tulis ape aku rasa bole mengimbau kenangan, luahan pendapat, dan travel blog aku..so bila aku baca balik.. takde la bosan. ekekeke..

masing2 punya blog, masing2 punya cara la kan. tapi tima kasih la sape2 yg baca blog aku. walaupun tak ramai, pasal aku amat jarang blogwalking atau comment di blog org lain. so mcm mane la org nak dtg kan. terpulang. lagipun aku blog ni bukan nak cari duit, just utk isi masa lapang aku.. ape2 pun tima kasih sape2 yg follow dan komen dan membaca blog aku yg x seberapa ni..

Tuesday, September 20, 2011

Srikandi Cintaku

Pasal terlampau bosan siang tadi, aku melayan lagu ni dah berapa puluh kali. ehehehe. ok lagu ni kira termasuk dlm top 5 (all time favourite Malay songs). lirik lagu ni mmg best dan tak ulang. sekali harung. kadang2 aku bole gelak dgr lirik lagu skang ni. kira nak straight to the point la. end up lirik mcm luahan hati budak sekolah. kalau aku yg buta muzik ni pun bole beza, apentah lagi musician yg ade knowledge.

M Nasir penah nyanyikan lagu ni, tapi aku prefer Bloodshed version.

 

Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Tercsiptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan

Kesetiaan sebagai bekalan

Bisikan penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan

Alam bagai mengerti

Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir

Perutusan berdarah ku terima

Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu

Ku semaikan pepohon kemboja

Yang bunganya adalah hati ku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu

Kan kuusung oh! jenazah cinta

Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti

Debu malam meragut kenangan

Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi Srikandi Cintaku

Monday, September 19, 2011

Monday Oh Monday

Monday yg sengal dan amat blues utk aku. Badan rasa mcm tak sihat, mengantuk gila dan pening dari mlm tadi tak hilang. As a result, hari yg tak produktif buat aku hari ni. Ditambah hujan di pagi hari, nasib baik la sempat sampai opis, lepak dlm 1/2 jam, hujan lebat. Dlm kepala kalau tido ni best gak ehehehe. Dulu company lama mmg aku dah turun cari surau utk tido sejam. ahahah. pagi surau takde org. surau plak jauh skit dari department aku. skang ni tak bole la. opis pun kecik, ko takde pun org bole perasan. lagipun nak gi mane, dulu bagi alasan turun production floor, skang kat yard pun blum ade project lagi. ehehehehe

So bila sume dicombinekan rasa sengal dan blues. rupa aku lebih kurang mcm kat bawah:-


Transfer pic

From today, I will transfer all pics in my fotopages to here part by part. Byk gak tu. pasal aku nak tutup fotopages yg skang ni aku jarang2 mengambil pic sgt. lagipun sape la layan lagi fotopages. Aku akan transfer skit demi sedikit.

Selamat Hari Isnin kawan2..... :P

Sunday, September 18, 2011

Memory - Dunhill Double dan Fantaghiro

Aahad yg membosankan sekali lagi.. bila ckp pasal hari ahad, last week aku tgk citr Fantaghiro kat tv9 pukul 10pm. slot 1 jam je. so citer fantaghiro ni akan bersambung setiap hari ahad waktu yg sama. bercerita ttg fantaghiro ni, citer ni penah kuar dlm slot Dunhill Double pukul 10pm setiap hari khamis dan jumaat. korang ingat tak Dunhill Double ? slot ni akan tunjuk back to back actor/actress movie dorang. kalau movie tu panjang, filem tu akan bersambung pada hari jumaat tu. selalunya 1 movie hari khamis dan 1 movie hari jumaat pelakon yg sama. lama gak slot ni bertahan. slot ni takde dlm lebih kurang awal taun 2000 bila kerajaan kenakan syarat takde rancangan tv sponsored by cigarette company. masa tu berkubur la Dunhill Double.

dan bercerita pasal Fantaghiro plak, sape2 yg membesar taun 90an (bukan yg lahir 90an) mesti tau citer ni kan. tak perlu la aku nak citer panjang. citer ni popular masa tu. pasal fantasy dan mcm mane puteri ala2 tomboy yg menyelamatkan negara dan husband die dari musuh. kira husband (Romualdo) ni tak mantop la, harap muka je jambu. Fantaghiro ni popular di kalangan budak2 lelaki, Tarabas plak popular di kalangan budak2 pompuan (especially kakak aku). tapi Tarabas bukan pakwe Fantaghiro, die penjahat awal2 dan bertukar menjadi baik bila berkenalan dgn Fantaghiro dan tolong Fantaghiro bila dlm kesusahan. ade batu yg bole bercakap dan terbang kembali selepas dibaling, kuda putih. ehehhehe..Alessandra Martines berlakon jadi Fantaghiro. mmg cun abih laa.. masa ni baru kenal pelakon2 cun kan. ehehehehe. lupa plak tajuk citer die The Cave of Golden Rose.

Fantaghiro yg cun to the max.. ehhehehe

Tarabas yg pompuan gila2kan tu. urgh..

Friday, September 16, 2011

History of storage mediums

Mesti korang teringat floppy disk yg senang kena virus. pastu floppy disk yg simpan dlm box. size plak kecik gila. pastu zaman cd, kalau vcd plak, nanti tersekat2 kalau cd calar. kalau cd game plak sampai ade 2-3 cd utk satu game, pastu zaman dvd. mcm tu la teknologi skang cepat betul. pic bawah adalah kesimpulan ringkas pasal storage mediums.


Selamat Hari Malaysia ke 48

Selamat Hari Malaysia yg ke 48. Hari ni pada 1963, Sabah, Sarawak dan Singapore join Tanah Melayu dan diubah nama jadi Malaysia. hari ni public holiday, ditambah ngan masih dlm mood raya, aku rasa mesti byk open house weekend ni.

Bersyukur kita lahir dan duk kat negara Malaysia yg bertuah ni. bole gi open house, makan2 n lepak2. cuba duk somalia ke sudan ke libya ke. Alhamdullillah, betul tak?


Jalur Gemilang

Thursday, September 15, 2011

Layla - Eric Clapton

Skang ni aku tgh busy utk support technical details kat procurement team utk bid project. Salah satu project tu nama die Laila. ntah tiba2 aku teringat lagu Layla nyanyian Eric Clapton ni. masa kat ABB mmg aku layan gak lagu ni. lagu ni Eric buat utk wife die. riff guitar lagu ni, powerfff.....





 


What'll you do when you get lonely
And nobody's waiting by your side?
You've been running and hiding much too long.
You know it's just your foolish pride.

Layla, you've got me on my knees.
Layla, I'm begging, darling please.
Layla, darling won't you ease my worried mind.

I tried to give you consolation
When your old man had let you down.
Like a fool, I fell in love with you,
Turned my whole world upside down.

Chorus

Let's make the best of the situation
Before I finally go insane.
Please don't say we'll never find a way
And tell me all my love's in vain.

Chorus 

Wednesday, September 14, 2011

US Debt Crisis Simplified

Ni adalah info yg paling simple utk kita paham ape krisis hutang US. pasal dah main trillion2, byk sgt kosong, buat kita lost in translation heheheheh.. ditambah kalau ade ayat berbunga2 bisnes dlm laporan akhbar. meh kita baca yg simple2. so bila kita dah paham, kita akan lebih bersedia utk akan dtg.


rasa2 bila mau settle hutang ni?? :P

Monday, September 12, 2011

Periodic Table

Korang ingat periodic table? atau dlm bm ckp jadual berkala. benda alah ni femes dikalangan student yg amik subject chemistry. kalau bole hafal, mmg senang la nak menjawab exam. aku plak ingat skit2 je dulu. bab2 menghafal ni aku lemah skit. tapi bila dah tak de keje kan, ape kata korang buat ayat guna periodic table.


ini dinamakan simptom takde keje, bosan, dan ape benda la cikgu mengajar kat depan tu. so terungkap la ayat kat atas ni, mungkin juga manusia ni tgh putus cinta ngan awek die kot. ekekekek.

happy monday blues. jgn blues.. chill a bit. :P

Sunday, September 11, 2011

Illusion Optical

Selamat Hari Ahad, selamat hari berehat. Pasal aku pun bosan di hari ahad ni. meh la layan illusi optikal/illusion optical.


Jam yg poweerffff

Korang ingat tak bila korang pandai tgk jam jarum? last time aku tanya anak buah aku yg tadika, kadang2 die bole la bagitau masa tu ngan tepat, ade yg die blur. biasalah budak2 kan, dulu2 kita pun kalau jarum panjang kat nombor 7, kita sebut 7 bukan 35. betul tak? eheheheh..

meh, aku cadangkan korang cari jam mcm ni. eheheh. tapi ni bukan mengajar budak baca jam jarum, tapi nak sebut jam berapa dalam proper english. aku rasa jam ni powerrfff.. nanti gi cari la.

  

Sunday, September 04, 2011

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya

Aku tau dah nak dekat seminggu raya baru nak ucap, eheheheh. biasa lah mood malas melanda diri. Esok sambung keje selepas 10 hari bercuti. lama gila kan. tapi ok la. syok. esok bermula la kerja dgn keras.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir batin kalau aku ade terkasar bahasa, terumpat, terkeji, terambil kalau tak sedar, termakan dan terminum tanpa sedar. Harap2 korang maafkan dan halalkan la erk.

Taun ni aku beraya kat Beranang ngan parent aku. Kakak2 aku beraya kat umah mentua, termasuk lah abg aku yg tiap2 taun akan beraya di Perlis.

Raya pertama biasa laa gi jln umah2 yg biasa aku pegi waktu raya, ke hilir kampung, gi umah makcik aku dan pakcik aku di Seremban. Nak dekat kul 10pm baru sampai umah batu tiga.

Hari2 lain dipenuhi ngan tido. ahahahha...ok lah. selamat bekerja yer...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...